Search This Blog

Tuesday 22 January 2013

KENAPA GLA COMPLEX SHAKLEE SANGAT BEST??



GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.


    Siapa yg perlukan GLA Complex:
    ~ Diabetes
    ~ Period tidak teratur
    ~ Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut2 jerawat, kulit sensitif dll) ~ tingkatkan kesuburan (untuk cuba hamil)

  • Kencing Manis - Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
  • Arthritis - GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid
  • Payudara fibrocystic
  • Osteoporosis - kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS - Sesetangah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahin.
  • Alahan - Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Ketagihan alkohol - GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung - Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Ulser

    Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya;
    Siti Aishah [ ID:877013 ]
    017-2532004(sms/call)


Monday 14 January 2013

Meal Shakes Produk Sesuai Seisi Keluarga

MEAL SHAKES PRODUK SESUAI SEISI KELUARGA

Kesihatan adalah hal yang sangat penting yang tidak dapat ditukar ganti dengan apapun,krn dengan NIKMAT KESIHATAN itulh kita semua dapat beraktiviti dengan normal dan menemukan hal2 baru yang dapat membuat kita senang.
Tetapi ada kalanya kita lupa tentang keperluan makanan seimbang,dan kita akan makan apa yang ada didepan mata @ "IKUT SELERA"tanpa memikirkn kandungan zat & mineral di dalam makanan yang diambil.
Tapi bagi yang mementingkan keperluan diet seimbang dalam pemakanan kita bolehlah mencuba  meal shakes shaklee yang boleh digunakan seisi keluarga.





Kegunaan Meal Shakes

*untuk PENYUSUAN
*untuk KECANTIKAN
*untuk mengatasi masalah SEMBELIT
*untuk KEHAMILAN
*untuk KELUARGA
*untuk tambah SELERA MAKAN
*untuk masalah KESIHATAN (demam panas,selsema & batuk )

Siapa yang perlukan Meal Shakes

*Kanak2 atas 1 tahun
*Remaja yang aktif
*Ibu yang megalami alahan
*Ibu menyusukan yang mahu kurus & lancarkn penyusuan
*Orang dewasa & kanak2 yang tidak suka pil

=)Meal Shakes juga adalah sumber terbaik KALSIUM,PROTEIN & SERAT 
=)Ianya berperisa VANILA, berbau HARUM & sedap minum
=)Ianya juga dilengkapi 24 VITAMIN & MINERAL penting

Khasiat Meal Shakes untuk ANDA & ANAK anda

*Meningkatkan sistem imunisasi badan
*Bantu tingkatkan selera makan
*Bantu atasi masalah ekzema untuk kanak2 & dewasa
*Cantikkan testur kulit agar lebih sihat & tak mudah lekat parut
*Menjadikan anak lebih aktif,sihat,bertenaga & fokus yang tinggi
*Atasi alahan ibu mengandung & menaikkan selera makan ibu menandung
*Untuk ibu menyusu,ianya memberikan rasa kenyang & mengawal nafsu makan untuk ibu yang nak kurus
*Bagi membantu melancarkan penyusuan & menghasilkan susu yang lebih pekat dan baby cepat kenyang.



                                                       
                                           
                                               Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee
                                           Boleh hubungi saya : Siti Aishah [ ID:877013 ]
                                                                  017-2532004





Friday 11 January 2013

Omega Guard Shaklee MENGHAKIS??? Betul Kerrrr??? Ketahui Kebenarannya !!

GEMPARRRRR.... Ada yang claim Omega Guard Shaklee menghakis. Siap buat demo lagi.. katanya Omega Guard Shaklee menghakis, tapi produk A****** tu tak.. demonya dengan menggunakan bekas polisterin. 



Credit pic: Zunaidah Daud

Jadi, kami pun mencuba sendiri demo tersebut dengan menggunakan Omega Guard Shaklee...See.. seperti gambar di bawah, Omega Guard Shaklee memang benar-benar menghakis.. OPSSSS, nanti dulu. Sila baca sampai habis yer, baru tahu kebenarannya. Betul ke Omega guard Shaklee merbahaya? menghakis perut, usus, segala organ badan jugak ke???

Jadi, jika Omega 3 boleh menyebabkan pinggan atau cawan polisterin atau Styrofoam berlubang, tidak bermakna ianya akan menyebabkan perut atau usus kita turut terhakis dan memudaratkan badan kita. Banyak kajian yang membuktikan secara saintifik bahawa Omega-3 banyak memberi manfaat kepada kita. Lagi pun, perut, usus serta semua organ badan kita tak diperbuat daripada polisterin kan??? :)

Suplimen minyak ikan Omega 3 yang biasa, hanya melalui hanya satu proses penyulingan yang ringkas (simple process of distillation) untuk memisahkan minyak ikan asli (crude oil) daripada bahagian ikan yang lain serta membuang segala bendasing / impurities. Dalam bentuk yang 'kompleks' itu, asid lemak Omega 3 tidak dapat mencairkan / melarutkan polisterin dengan mudah walaupun dibiarkan lama. Malah sebahagian polisterin tersebut pula yang leach out masuk ke dalam minyak tersebut. Oleh sebab itu, pegawai kesihatan selalu menasihatkan supaya tidak menyimpan makanan yang mempunyai asid lemak ke dalam bekas polisterin terutamanya jika makanan tersebut masih panas.

Suplimen minyak ikan yang berkualiti tinggi melalui proses penyulingan molekul kedua (double molecular distillation). Ini akan membuang saturated fats dan bahan selain asid lemak Omega 3. Penyulingan ini akan menghasilkan minyak ikan yang lebih tulen dan membuang lebih banyak bahan tercemar seperti merkuri dan logam berat yang lain yang terdapat dalam ikan tersebut. Oleh sebab itu, suplimen minyak ikan yang melalui 'double molecular distillation' bukan sahaja lebih terjamin kebersihannya, malah mengandungi lebih kepekatan asid lemak Omega 3. Manfaat yang berganda untuk kita tentunya. Secara mudahnya, asid lemak Omega 3 yang LEBIH ASLI pastinya dapat melarutkan polisterin dengan lebih pantas.

----------------------------------
Anda dah dapat kebenarannya sekarang?? Berita gembira untuk anda!!! Omega Guard Shaklee bukan sahaja melalui double molecular distillation, malah triple molecular distillation iaitu Peyulingan pemeringkatan 3 kali. Melalui proses Triple Molecular Distillation itu pastinya minyak ikan Omega Guard Shaklee lebih terjamin kebersihan dan tahap keselamatannya, malah lebih tinggi kepekatannya berbanding jenama lain.

Nak tahu apa perbezaan Omega Guard Shaklee?

SHAKLEE DIFFERENCE:

The benefits of cold-water fish oils are
well known, but there is a GRAVE
CONCERN regarding the quality of fish
oils today due to the known high risk of
heavy metals, impurities and contaminants,
such as lead, mercury, arsenic, cadmium,
dioxins and PCB’s in water today.

• Shaklee’s OmegaGuard is specifically
made from “small fish” (anchovies &
sardines) because heavy metals and
toxins are least concentrated in the
smallest species of the food chain.

• Shaklee’s OmegaGuard is processed
via a pharmaceutical-grade, state-of-the
-art, proprietary, triple molecular
distillation process which guarantees
the removal of impurities and
contaminants … a product that you
can TRUST.

• The fish oil supplements that are being
marketed by many companies are
made from commercially raised, oceancaged, large fish that have been “pellet”
fed for their entitre life! These fish
have a much lower Omega-3 level than
wild ocean fish, and the pellets are full
of synthetic substances … consider
how this affects the quality of the
oils that are being sold.

Pilihan di tangan anda... Nak beli yang kualiti rendah, atau yang terjamin selamat, berkualiti dan berkesan. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

 Credit : Hafshah Mardiah

Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya;
Siti Aishah [ ID:877013 ]
017-2532004(sms/call)


Vitamin Bagi Ibu Hamil


Antara suplemen yang diperlukan oleh mama hamil ialah (penggunaan untuk 4 bulan):-


 Trimester 1 : Vitamin yg disyorkan utk ibu hamil pada peringkat pertama kehamilan, iaitu :
B-Complex
Vita-Lea iron Formula
Vita-C
Ostematrix


 Trimester 2 & 3 : Antara vitamin yg disyorkan utk ibu hamil pada peringkat ke-2 dan ke-3 kehamilan, iaitu :
B-Complex
Vita-Lea iron Formula
Vita-C
Ostematrix
*add on Omega Guard

boleh add on Energizing Soy Protein (optional)
Antara kebaikan yang mama dan bayi akan dapat :-
  • mama akan rasa cergas sentiasa dan tidak mudah letih
  • sentiasa bertenaga
  • tidak mudah mengantuk terutamanya bagi mama yang bekerjaya
  • tidak cepat lenguh
  • boleh kurangkan 'stretch marks' pada bahagian perut
  • perkembangan baby dalam kandungan berlaku dengan cepat
  • melahirkan baby yang mempunyai kulit yang sihat, cantik dan lembut
  • sebagai persediaan untuk menyusui baby secara ekslusif kerana set ini mampu merangsang penghasilan susu ibu yang banyak, in sha Allah 
B-Complex :  lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vita-Lea iron Formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrixkandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Omega Guardmembantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.


Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya;
Siti Aishah [ ID:877013 ]
017-2532004(sms/call)

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan




Minggu Pertama
Selepas 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu Ke-2
Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu Ke-3
Selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu Ke-4
Janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Minggu Ke-5
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Minggu Ke-6
Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Minggu Ke-7
Bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Minggu Ke-8
Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Minggu Ke-9
Saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Minggu Ke-10
Bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara anda akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindrom yang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu. Oleh sebab itu juga, disyorkan anda mengambil Vita-Lea Iron Formula untuk mengatasi masalah ini. Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu hamil tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya sudah lengkap dan kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
ambil 1 tablet Vita-Lea/hari
(120 tablets Vita-Lea untuk 4 bulan)
Retail Price : RM 88.75

Minggu Ke-11
Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Minggu Ke-12
Usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu Ke-13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Minggu Ke-14
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu Ke-15
Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu Ke-16
Kehamilan anda kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu Ke-17
Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Anda mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Minggu Ke-18
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan anda masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Minggu Ke-19
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu Ke-20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan anda saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payudara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu anda juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Minggu Ke-21
Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Minggu Ke-22
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Anda sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini anda  sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut anda. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Minggu Ke-23
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Minggu Ke-24
Anda akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan anda. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya anda dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Minggu Ke-25 & Ke-26
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Minggu Ke-27
Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Minggu Ke-28
Bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Anda mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu anda juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Minggu Ke-29
Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Minggu Ke-30
Anda perlu banyak berehat. Jika anda tidak bekerja, pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan anda tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Minggu Ke-31
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu Ke-32
Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, anda tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu Ke-33
Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal and  lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya anda perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana anda mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu Ke-34
Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi anda telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu Ke-35
Berlaku perubahan pada diri anda yang mana anda akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Anda perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Minggu Ke-36
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus anda pada ketika ini. Anda akan berasa perut anda begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Minggu Ke-37
Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu Ke-38
Anda tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Minggu Ke-39
Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu Ke-40
Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Anda akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Anda juga akan mual dan rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.
Tak lama lagi anda dan suami akan menerima kehadiran orang baru..tahniah !!
Semasa hamil, ibu-ibu amat digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan lagi jika ibu yang hamil tidak dapat memenuhi diet harian yang seimbang seiring dengan perkembangan bayi di dalam kandungan. Pada ketika ini, kita selalunya kurang selera makan, makan makanan yang lalu dek tekak ajer dan tak kurang jugak yang tak boleh minum susu....kalo memang jenis yang tak minum susu, memang wajib lah ambik suplemen,.,..tapi camna pulak dengan orang yang memang suka minum susu sebelum hamil, tapi bila hamil, tengok susu pun nak muntah..huhuhu..kena jugak ambik suplemen kerana kalsium sangat-sangat penting untuk pembentukan tulang, pertumbuhan gigi dan pembentukan sel bayi. Oleh sebab ini lah, suplemen amat penting kepada ibu hamil.
Pengambilan vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah :-

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

B-Complex - 1 biji sehariB Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan bayi yang dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jikalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B-Complex dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin Energizing Soy Protein (ESP)

Credit : MamaFaiz


Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya;
Siti Aishah [ ID:877013 ]
017-2532004(sms/call)


Panduan Pemakanan I bu Hamil

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
 
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid makanan
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

4 FASA :Hamil - Bersalin - Berpantang - Menyusu

Saat disahkan hamil adalah satu berita yang amat menggembirakan pasangan suami isteri....Apa tidaknya, orang baru bakal hadir bagi melengkapkan pelayaran bahtera rumahtangga...makin bersinar-sinar hidup kita kan....apatah lagi anak adalah anugerah daripada Allah s.w.t yang tidak ternilai.........
Namun begitu, sudah bersediakah bakal mama dan papa untuk melalui liku-liku dan rintangan yang mendatang saat melalui proses kehamilan, bersalin, berpantang dan menyusu....setiap tempoh itu bukan suatu perkara mudah.....semuanya perlu dilalui dengan penuh sabar. Ketika ini, kita perlu rajin membaca dan mendapatkan pelbagai maklumat tentangnya samada melalui pembacaan buku dan juga internet . 
Wanita hamil tidak akan terlepas daripada mengalami alahan samada alahan biasa-biasa atau alahan yang amat teruk sehingga keluar masuk hospital...adakah anda tergolong dalam kategori ini??? Kebiasaannya pada ketika ini, ibu hamil akan hilang selera makan, tekak loya untuk terima segala jenis makanan dan ada sesetengahnya dah tak boleh nak minum susu sedangkan sebelum ini susu segar adalah menu wajib setiap hari...pelik kan!!
Cuba semak pula, sepanjang tempoh kehamilan, berpantang dan penyusuan adakah anda mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang? Saya percaya ramai ibu-ibu diluar sana terutamanya yang berkerjaya susah untuk mengaplikasikan pemakanan seimbang. Ini adalah kerana kesibukan kerja di pejabat dan di rumah membuatkan ibu-ibu tiada masa untuk memasak makanan berkhasiat dan ini mendorong kita dengan sewenang-wenangnya mengambil makanan segera yang banyak terhidang di depan mata.....
Oleh sebab itulah makanan tambahan atau suplemen memainkan peranan penting dalam memperlengkapkan nutrisi yang kita perlukan. Ini adalah penting kerana suplemen akan memenuhi setiap ruang nutrisi yang masih kosong dalam badan kita.
Di bawah ini, saya akan senaraikan apakah suplemen yang diperlukan bermula saat hamil hinggalah menyusukan bayi anda.
Semasa hamil, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang cukup bagi memastikan tumbesaran bayi di dalam kandungan berlaku dengan baik. Ibu hamil perlu memastikan paras Hemoglobin (Hb) sentiasa berada di antara 11.5 hingga 16.5g/dL. Jika paras Hb berada pada bawah 11.5g/dL, ibu hamil berisiko mengalami anemia yang memungkinkan melahirkan bayi pra-matang atau tumbesaran janin terencat. 
Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu.
Aras normal adalah :-
  • Baru lahir : 17-22 gm/dl
  • Usia seminggu : 15-20 gm/dl
  • Usia sebulan : 11-15gm/dl
  • Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
  • Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
  • Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
  • Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
  • Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl
Antara punca paras Hb rendah ialah:
  • kekurangan vitamin seperti zat besi, vitamin B12 dan folate
  • kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon)
  • masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy
  • kegagalan buah pinggang (ginjal)
  • hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit).

Untuk mengelakkan masalah paras Hemoglobin rendah (Hb) Bagi wanita hamil pada peringkat ini, suplemen yang disyorkan untuk anda ialah Vitamin C, Vitalea Iron Formula (Multivitamin), B-Complex dan Ostematrix (Kalsium). 
set ini patut diambil ketika kehamilan pada peringkat 1st trimester
tambah Omega Guard apabila kandungan sudah masuk ke 2nd dan 3rd trimester kerana pada ketika ini berlaku proses pembentukan otak bayi
tambah Energizing Soy Protein, salah satu usaha untuk dapatkan bayi berkulit cerah, cantik dan sihat, InsyaAllah......(^_________^)
Elakkan minum minuman soya yang tinggi kandungan bahan pengawet dan perisa tambahan yang akan membuatkan kulit bayi jadi sensitif 
Kenapa wanita hamil perlukan suplemen ini?
  • mengurangkan morning sickness yang teruk
  • mengurangkan risiko mengalami anemia
  • meningkatkan paras Hemoglobin (Hb)
  • sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
  • meningkatkan sistem pertahanan badan
  • meningkatkan sel darah merah
  • membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
  • Membaiki rangsangan urat saraf dan mengelakkan kekejangan otot 
  • menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi
  • mengelakkan ibu mengalami osteoporosi di kemudian hari akibat kekurangan kalsium semasa hamil di mana kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi
  • penting untuk gusi dan gigi yang sihat
  • mengelakkan masalah pitam atau mudah pening
  • penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit
  • protein membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
  • protein juga penting untuk membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah
  • protein turut membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus terutama pada 3rd trimester
  • mengurangkan risiko semasa proses bersalin
  • membantu mengekalkan kecergasan ibu selepas bersalin yang pada kebiasaannya lesu dan tidak bermaya selepas melalui proses bersalin yang panjang
Dengan pengambilan suplemen ini, ibu-ibu tidak perlu ambil asid folik dan obimin lagi..memadai dengan suplemen yang telah disyorkan. Sebagai ibu hamil, kita perlulah menjaga pemakanan supaya bayi yang dikandung mendapat semua khasiat yang diperlukannya untuk membesar dengan sihat dan sempurna.InsyaAllah...Sudah tentu anda semua mahukan anak yang sihat, cerdas, cergas dan sempurna kan...Berikan yang terbaik unutk bayi kita ^________^

Setelah hamil 9 bulan 10 hari, tibalah masa untuk melahirkan..para ibu dah bersedia untuk berpantang?...masa berpantang ni lah masa untuk kita merehatkan badan. Tapi ingat yea, masa ni jugak emosi kita kurang stabil, jadi banyakkan berzikir dan bertahmid kepada Allah s.w.t  ^________^

Suplemen yang diambil ketika hamil tadi boleh diteruskan, cuma tambahkan Zinc Complex dan Alfalfa Complex pulak..



Kenapa perlu tambah 2 suplemen ini? Jom kita semak T____T
  • sumber mikronutrient paling kaya- membuat sistem badan berjalan lebih lancar dan membantu melawaskan usus, mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan. 
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  • Merawat arthitis
  • Bagus juga untuk elergi dan ekzema
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor 
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit 
  • membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin samada secara normal atau ceaseran
  • penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • dan banyak lagi kelebihan lain...boleh baca disini


    Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya;
    Siti Aishah [ ID:877013 ]
    017-2532004(sms/call)




Anemia Semasa Hamil

Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Apakah Anemia??
Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Punca-Punca Anemia
Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.
Faktor-Faktor Risiko
Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
  • {mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.
Tanda-Tanda Gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.
Gejala berikut juga boleh berlaku :
  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian Mengesan Anemia

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.
  • Rawatan farmakologi
Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun 2x/sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan
Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin (HB) anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis
Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan
Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
  • Kebanyakan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.

Sumber: Anemia Semasa Kehamilan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, infosihat.gov.my
Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya;
Siti Aishah [ ID:877013 ]
017-2532004(sms/call)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...