Search This Blog

Wednesday 13 February 2013

Langkah Penyusuan Susu Ibu


  • sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya
  • biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian aerola (bahagian berwarna coklat)
  • gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul
  • selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untukmenghentikan hisapan
                                           
                                             
           
                                               


2. Pilih posisi yang selesa
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. belakang badan anada juga perlulah tegak, jangan membongkok. gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.
  • posisi mendukung - merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya unutk menyusu :
                      - kepala bayi berehat di dalam dakapan anda
                      - sokong belakang badan dan punggung bayi
                      - lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya

  • posisi 'mendakap' - posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan 'ceaseran', memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi bayi pramatang yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yg serentak.
                       - sokong kepala bayi  dengan tangan
                       - gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda
                 
                    
  • posisi berbaring - cuba posisi ini apabila anda dan bayi terasa letih. jika anda baru pulih daripada pembedahan 'ceaseran', ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama.
                      - sokong kepala bayi dengan lengan
                      - sokong bayi anda dengan lengan

                    
3. mendukung berselang-selijika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan etruskan menyusu sehingga dia kenyang. untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.


4. Sendawakan bayisendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak eprlu disendawakan

  • letakkan bayi di bahu anda
  • gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.


    Jalinkan hubungan dengan bayi
    Persekitaran penyusuan bayi yang ideal adalah di bilik yang sunyi, hanya anda berdua, jauh daripada sebarang bentuk gangguan. Akan tetapi, ini tidaklah praktikal jika anda mempunyai anak tatih yang masih ligat ke sana ke mari atau anda sering dikunjungi tetamu. Dalam keadaan ini, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah memberikan tumpuan sepenuhnya terhdapa bayi - bermakna tidka menonton tv, tidak perlu risau tentang apa yang hendak dimasak utk makan malam dan tidak bersengketa dengan suami
    .
    Apa yang lebih penting daripada persekitaran ialah kualiti interkasi bersama bayi sewaktu menyusukannya. Pegang bayi rapat ke anda, dada bertemu dada. Apabila menyusukannya, kekalkan hubungan mata, sellaulah tersenyum dan bercakap dengannya. berikan pujian dan ucapkan kata-kata positif tentang perilakunya menyusu. Gunakan nada suara yang berbeza dengan ebrsenandung atau menyanyi untuknya. Bagi kita sebagai Muslim, hendaklah sentiasa alunkan zikir & alunan ayat A-Quran...^__^
    Gerak isyarat yang penuh kasih sayang akan membuat bayi rasa lebih dihargai, selamat dan akhirnya dapat meningkatkan harga diri dan keyakinannya.


                                      
                                           










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...