Penyusuan
susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh
kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan
susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu
dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau
minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan
pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas.
Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Untuk
membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu
hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :
- Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiranbayi.
- Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
- Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
- Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
- Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut
Manakala
susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan
otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak
berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang
panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut
perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat
ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau
kilang.
Penyusuan susu ibu
memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan
hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di
sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan
fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak.
Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan
dan masyarakat untuk menjimatkan wang.
TAHUKAH ANDA APA ITU KOLOSTRUM
Ok,nielh dia kolostrum yang saya katakn td.Ianya susu pertama yang breast kita hasilkan semasa kita
mengandung. Susu kolostrum ini memang banyak khasiatnya untuk newborn,
itula sebab saya katakn ianya hebat. Tapi bukan saya sorang je yang cakap ianya hebat. Susu ibu kolostrum memang diakui sejak dolu2 lagi. Baby yang
mendapat khasiat susu kolostrum sangat-sangat bertuah dan bertambah
sihat waafiat. :))TAHUKAH ANDA APA ITU KOLOSTRUM
Ia juga dikenali sebagai ‘ cecair bernilai emas’ kerana warnanya yang kekuningan ini merupakan pembekal imuniti pada seluruh tubuh bayi anda. Ia makanan dan minuman ajaib yang memberi kekebalan terhadap virus, bakteria dan kuman yang berada di udara sebaik sahaja dilahirkan. Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. Coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.
APAKAH KEBAIKAN KLOSTRUM:-
- Tinggi protein, vitamin larut lemak (ADEK), zink dan sodium
- rendah laktosa (4%), lemak dan vitamin larut air (vitamin B kompleks dan vitamin C)
- tinggi vitamin K, penting bagi menggelakkan HDN ( Haemorhagic Disease of Newborn)
- Imunoglobulin (SigA) yang tinggi
- Imunisasi pasif yang pertama bagi bayi
- pelawas ‘laxative’. Ia mengalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti Jaundis Neonate
- mempunyai faktor ‘bifidus’ bagi mengelakkan pembiakan koloni ‘ lakobacillus bifidus’. Koloni bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini menyebabkan keadaaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli
- mempunyai enzim lipase, laktase, lisozim dalam keadaan aktif
- mempunyai anti oksida dan beta karotena yang penting untuk pembiakan sel-sel tubuh.
No comments:
Post a Comment